Semua orang pasti akan berbangga jika Universiti mereka terkenal dan popular. Tapi sejauh manakah kebenarannya? Jika benar-benar terkenal, apa yang menyumbang kepadanya? adakah tahap pencapaian akademiknya? Adakah tahap kecemerlangan Mahasiswa/i-nya? Ataupun terdapat faktor lain?
Justeru itu, saya telah membuat kajian "kecil-kecilan" untuk mengetahui sejauh mana popularnya Universiti-universiti Awam di Malaysia ini.
Jadi saya telah mencuba menggunakan laman pencarian Google dan memasukkan nama-nama IPTA ini dan melihat apakah yang akan dicadangkan oleh Google berkaitan nama-nama tersebut.
Untuk maklumat semua, laman pencarian Google akan mengklasifikasikan sesuatu "Keyword" itu sebagai relevan & berkaitan dengan sesuatu "keyword" yang lain sekiranya ianya sering digunakan oleh pengguna. Jadi, semakin ramai yang menggunakan "keyword" tersebut, semakin tinggilah ke"relevanan"nya. Maka, Google akan mencadangkannya setiap kali pengguna menggunakan "keyword" tersebut.
Walau bagaimanapun, hasil kajian ini tidak melambangkan situasi sebenar di IPTA-IPTA tersebut. Mungkin Google SILAP??? Mungkin ke???? Sama-samalah kita fikirkan...
Sekiranya anda meragui kebenaran hasil carian ini, anda boleh mencubanya sendiri.....
Inilah hasilnya:
1. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Nampaknya UMS dicemari oleh "dibunuh" dan "kes rogol". Ini mungkin disebabkan kes culik yang berlaku suatu ketika dahulu. Selain itu, saya dapati "Majlis Perwakilan Pelajar" juga agak popular. Adakah kerana kebaikan? Atau sebaliknya??? Biarlah Mahasiswa/i UMS itu sendiri yang tentukannya.
2. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Walau bagaimanapun, sejuk hati bila melihat hasil untuk UIA ni... Mungkin inilah isu yang menjadi bual bicara masyarakat apabila berkata tentang UIA. Berapa banyakkah IPTA seperti ini di Malaysia? Kita lihat hasil seterusnya.....
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Agak mengejutkan apabila melihat hasil carian UiTM. Universiti yang terbesar di Malaysia (jumlah pelajar) dan seperti yang semua tahu, majoritinya adalah Bumiputra. Walau Bagaimanapun, tidak pula hasil yang muncul berbunyi "pelajar UiTM perjuangkan hak bumiputra" atau "pelajar UiTM pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi". Tetapi yang keluar semua perkataan-perkataan yang lucah. Adalah ini sahaja yang bermain di minda Mahasiswa Bumiputra???
4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bagi UKM pula, agak bersih... Jika ada yang negatif sekalipun, hanyalah isu pelajar "ditahan". Ini mungkin berkenaan dengan "Politik". Bagi saya, adalah penting untuk mereka belajar dan menimba pengalaman dalam politik, tetapi tidaklah sehingga mengabaikan pelajaran. Sekali lagi, "Majlis Perwakilan Pelajar" juga agak pupular di sana... Kenapa?? Kena tanya warga UKM lah....
5. Universiti Malaya (UM)
Seterusnya adalah UM, Universiti tertua di Malaysia. Hasilnya adalah "bunuh diri". Yang ini saya tidak pasti kerana banyak kes bunuh saya dengar, tidaklah tertumpu di UM sahaja. Lain-lain, hasil carian dikelirukan oleh hasil carian dari UMS dan UMT. Sama juga, "Majlis Perwakilan Pelajar" juga mendapat tempat di IPT ini.
6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
UNIMAS pula, tiada hasil carian yang menarik.
7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
Isu "pelajar pegang babi" memang agak sinonim dengan UPM. Setakat ini tiada lagi isu ini di IPTA lain kecuali di UPM. Saya juga pernah melihat gambar-gambar pelajar tersebut dengan babi suatu ketika dahulu. Saya mengaggap beliau adalah pelajar veterinar dan bagi saya ianya bukanlah suatu yang menjadi isu kerana babi hanyalah haram untuk dimakan dan disentuh. Tetapi kita tidak diminta untuk memandang hina dan jijik terhadap makhluk Allah ini. Sesungguhnya babi juga adalah makhluk ciptaan Allah dan Allah menyayangi semua makhluk ciptaanNya. Jadi, siapakah anda untuk menbenci dan menghinanya???Tahukah anda, sekiranya anda menganggapnya jijik dan hina, anda juga menghina PenciptaNya?? Apapun, lepas pegang tu, sila bersuci ya.... UPDATE... Di sini saya ada link ulasan Dr Asri, Bekas Mufti Perlis berhubung isu ini:
Bagi saya, selagi mana tujuannya untuk tujuan pembelajaran dan kajian, ianya tidak salah. Hanya sesetengah pihak yang main "SENTIMENT" dan "EMOSI". Dalam perubatan juga, banyak kajian yang dilakukan menggunakan khinzir sebagai medium kajian mereka selain tikus. Ini kerana, sains mendapati bahawa "Anatomy & Physiology" antara khinzir dan manusia adalah hampir sama. Jadi, sukarlah sekiranya khinzir ini tidak boleh dipegang. Apa pun, sudah pastilah tidak 100% sama, ada beza juga contohnya dari segi bentuk fizikal dan perangainya...
8. Universiti Sains Malaysia (USM)
USM juga bersih. Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar juga agak popular di sana....
9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Begitu juga UTM, hasil carian adalah positive. Cuma ada sedikit tercemar dengan hasil carian UiTM.
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
UUM, universiti yang nun jauh di utara. Hanya ada isu pelajar bunuh diri. Lain-lain adalah positive.
11. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
Akhir sekali, bagi UTHM, hasil carian juga adalah positive.
Malaysians and Therapists
-
Listening to people crying while telling their life problems and stories on
Prof Muhaya's session on Ikim.fm, i couldn't help but feeling that our
Malay...
Titisan
-
Setiap rintik hujan yang menjengah pakaianku.. Setiap detik yang berlalu.
Setiap insan yang melintas di hadapanku. Adalah umpama pengiraan, betapa
pedihnya...
Hidup 25%
-
Andai kita bekerja, seharusnya kita anggapkan hasil kerja itu memberikan
impak untuk kehidupan 100 tahun dari sekarang.Bila dah sampai satu perempat
dari u...
Mimpi
-
I've been doing some reading on dream. I love dream..not dreaming per say.
I love the physiology of dreaming. Yes, it is true that previously people
classi...
Daripada Sham Kepada Alam
-
Ini adalah kisah kesempitan hidup penuntut ilmu ajanib (bukan Arab) di bumi
Syam, yang bermula sebelum mereka menjejakkan kaki ke sini lagi, dan
bertambah ...
Denai yang sama
-
Denai ini masih sama. Cuma lalang tidak kelihatan. Derap langkat memijak dedaun kering seperti satu irama pilu. Aku ikut. Nampak di depan. Aku percepatkan la...
~PROGRAM ZIARAH AMAL + KiNABEX 2011~ PART I
-
Alhamdulillah segala perancangan sejak Jun lalu telah berjaya
dilaksanakan..Walaupun sepatutnya perancangan awal nak buat pada
Julai..atas sebab2 terte...
dah.. takmo nangis2 lagi~
-
Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga
Pernah ku sangka
Inilah cinta yang te...
Doa Mengubah Segala Sesuatu
-
Saat keadaan sekelilingku
Ada di luar kemampuanku
Ku berdiam diri mencari-Mu
Doa mengubah segala sesuatu
Saat kenyataan di depanku
Mengecewakan perasa...
Kagum gila
-
Kagum gila dengan bloggers yang tabah tulis entry panjang berjela-jela and
still ada thousands of ideas untuk ditulis. Macam aku ni memang tak boleh
diha...
Perasaan tak terucap sy untuk awk..
-
Perasaan tak terucap..cewah..best tak tajuk belog sy ni..lama tak update
belog, berkurun2 lamanya..akhirnya, terasa nak update sebab seorang hamba
Allah ni...
Bergema Lagi
-
Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha
golongan agama (mufti) dan kepimpinan UMNO. Pelbagai komentar dan pandangan
dari pelb...
Bah Sadang-Sadang Tah.
-
Bah sadang-sadang tah, dang oi! cukup-cukup tah setahun labih kan menyibuk
hal urang.
You should be ashamed of yourself for jumping into conclusions/ mak...
Kedut-kedut Di Mata Kamu
-
Yelah, ini mata makcik yang dah lebam2 -_-"
Aku x nak nmpak mcm freak kalo ckp psl benda ni.
Tapi....
Baru2 ni aku nmpk beberapa kwn aku punya mata dah...
RASA TERTEKAN??
-
Apabila berhadapan dengan masalah lazimnya diri diselubungi dengan tekanan,
malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak
be...
Istiqamah D'Kala 2010 Menjelang
-
2009...banyak kenangan dan memori yang aku dah aku bina
ada yang sedih, ada yang gembira dan ada lak yang seronok...bercampur-baur
banyak dugaan, cabaran dan...
Kejutan
-
Salam Sejahtera, Sukacitanya dimakluman anda telah terpilih sebagai
Penerima Anugerah Kecermerlangan Shell 2009.Sehubungan dengan itu, satu
majlis penyampa...
selamat hari rayew sumer...
-
assalamualaikum..
sempene hari rayer n..aku nk mintak ampon dr saper2 jer la yg penah teraser
ngan aku...xkire la teraser dari segi aper kan.. [...kalo te...
Malaysiaku sayang.. boleh
-
syukur pada Allah SWT kerana limpah dan kurniaNYA malaysia mampu
membuktikan kemampuan mengurangkan jarak BELASAHAN gol selepas menentang MU
2x berturut...
Dijamin HALAL...
-
Dijamin HALAL.* Ianyatelah diberi pengiktirafan daripada**NZ Islamic
Processed Food Management.Diiktiraf oleh JAKIM, sila layari laman web JAKIM
www.isla...
unimap xpopular eh?